Friday, March 31, 2017

Bila dunia mengatasi segalanya..







Alam kanak2 alam yang sungguh mengasyikkan. Segalanya boleh. Tiada yang mustahil. Perasaan takut jauh sekali. Bergaduh perkara biasa. Berbaik semula lagilah biasa. Geli hati bergaduh bukan main tapi lepas tu berkawan, bermain macam tak ada apa2 pun.


Namun, itu alam kanak2. 

Alam dewasa jauh sekali bedanya. Dunia makin rumit. Tidak seringkas seperti dulu. Makan, minum tidur dan main. Lepas tu ulang balik. Mencecah usia dewasa, masing2 mula mengenal "dunia". Mengejar dan dikejar perkara biasa. Kawan atau adik-beradik tiada kesah. Lu Gua jadi pegangan hidup. 

Cuba renungkan sejenak. Bersuanya kita ke dunia, sama2. Tapi, di hujung pengakhiran hidup, kita makin menjauh. Menjauh seolah tiada mungkin bertaut kembali.

Bila dunia sudah mengatasi segalanya... 

Thursday, March 30, 2017

Semuanya milik Allah..kepadaNya kita kembali







Isnin merupakan antara hari yang sibuk. Sibuk dengan mendengar keluh-kesah dan merawat para pesakit yang datang dengan berbagai2 masalah. 

Seperti hari2 sebelumnya, memang menjadi kebiasaanku bertanya sedikit latar belakang setiap pesakit. Nak dijadikan cerita, datanglah seorang wanita dalam usia 30an. Rupa2nya dia bekerja di pusat dakwah di mana saya mengucapkan kalimah syahadah. Lantas saya pun mengirim salam kepada ustaz yang pernah menjadi saksi sewaktu pengislaman saya. Tersentak hatiku bila dimaklumkan bahawa ustaz tersebut sudah kembali menemui Penciptanya..setahun yang lalu.

Hidup ini memang tiada yang pasti. Yang pasti adalah pengakhiran perjalanan hidup kita. Sama ada husnul khotimah atau suul khotimah. Semoga ustaz Zul ditempatkan di kalangan para solehin...Aameen.