Monday, March 28, 2022

Nikmat yang hilang II

                                                                                                      Photo by Micah Boerma

Subuh pagi tadi berbeza.

Dah lebih 2 tahun sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, segala aspek kehidupan berubah total. Begitu juga solat berjemaah di surau atau masjid. Selain pelbagai SOP (standard operating procedure), para jemaah terpaksa mengamalkan penjarakan fizikal ketika solat. Kebiasaannya rapat bersentuhan kaki & terkadang bahu (ketika jemaah ramai), ketika pandemik seolah kita solat bersendirian. Baru terasa nikmat solat berjemaah dengan saf yang kemas lagi rapat. Indah dan begitu unik perasaan. Seolah-olah kita bersatu sebagai satu unit mengerjakan gerakan teratur dengan satu niat. Niat beribadah menghambakan diri di depan Sang Khalik.

Betul kata orang. Kita sering hanya menghargai sesuatu ketika ianya hilang. Selama ia ada, kita buat tak endah. Ya benar. Pandemik Covid-19 mengajar kita menghargai "the little things in life". Sekecil mana pun nikmat itu, ia akan amat terasa kehilangannya ketika dicabut Allah.

Subuh pagi tadi berbeza.

Kami kembali solat berjemaah dengan saf yang kemas lagi rapat. 

Alhamdulillah.