Tuesday, August 28, 2018

Muqadimah

Sambal pecal. 

Seperti juga pengalaman2 kehidupan. Ada pahit manisnya...dan masin. Tidak kurang pengajaran yang bisa dijadikan pedoman dalam liku2 kehidupan.

Pengalaman masing2 sudah tentu berbeza. Begitu juga saya. Keunikan peristiwa2 yang dilalui bergantung kepada cara penalaran masing2. Mengorek intipati ilmu yang boleh dimanfaatkan. Apatah lagi dikongsikan. Dengan harapan dapat dijadikan amal yang berguna.

Nah..inilah yang penulis ingin sajikan. Perkongsian ilmu yang tersirat dalam pengamatan kehidupan seharian melalui kacamata seorang musafir.

In shaa Allah...besar harapan agar dapat dimanfaatkan oleh para pembaca. 

Aameen.


Bila hilangnya qanaah..








Tanpa ada niat memburukkan sesiapa. Apatah lagi ibuku tersayang. Cuma agar pengalaman harian dapat disandarkan menjadi ibrah dalam menharungi hidup yang singkat tapi penuh dugaan.


Menatap pohon di seberang jalan, di rumah jiran. Penuh sarat bebunga kuning keemasan, lalu jatuh berguguran menghampari jalan. Ibu berkata "sungguh cantik pohon itu, subur berbanding di rumah kita". Hakikatnya, di rumah sendiri penuh pepohon berbagai jenis. Buah dan bunga. Rendang dan melata. 

Begitulah kehidupan. Sentiasa menginginkan sesuatu yang dimiliki orang sedangkan apa yang ada mungkin dah cukup baik. Sentiasa merasakan yang di sana lebih hebat. Sedangkan di sini apa kurangnya.

Mengajarku agar lebih bersifat qanaah. Sambil berlari fikiranku berlari sama. Akan ketidakadilanku kepada isteri tersayang. Anak2 ku. Ibuku. Adik-beradik, Saudara2 dan jiran2ku. 

Begitu banyak pengorbanan. Begitu banyak khidmat jasa. Yang ku nampak cuma diriku sahaja. Sungguh hina dan berdosanya.

Mudah2an Allah memberi kekuatan kepada kita agar lebih peka dan menghargai insan2 yang mengisi dan mewarnai perjalanan hidup kita.