Monday, March 28, 2022

Nikmat yang hilang II

                                                                                                      Photo by Micah Boerma

Subuh pagi tadi berbeza.

Dah lebih 2 tahun sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, segala aspek kehidupan berubah total. Begitu juga solat berjemaah di surau atau masjid. Selain pelbagai SOP (standard operating procedure), para jemaah terpaksa mengamalkan penjarakan fizikal ketika solat. Kebiasaannya rapat bersentuhan kaki & terkadang bahu (ketika jemaah ramai), ketika pandemik seolah kita solat bersendirian. Baru terasa nikmat solat berjemaah dengan saf yang kemas lagi rapat. Indah dan begitu unik perasaan. Seolah-olah kita bersatu sebagai satu unit mengerjakan gerakan teratur dengan satu niat. Niat beribadah menghambakan diri di depan Sang Khalik.

Betul kata orang. Kita sering hanya menghargai sesuatu ketika ianya hilang. Selama ia ada, kita buat tak endah. Ya benar. Pandemik Covid-19 mengajar kita menghargai "the little things in life". Sekecil mana pun nikmat itu, ia akan amat terasa kehilangannya ketika dicabut Allah.

Subuh pagi tadi berbeza.

Kami kembali solat berjemaah dengan saf yang kemas lagi rapat. 

Alhamdulillah. 



Tuesday, May 11, 2021

Di Ambang Syawal

 



Alhamdulillah ..sampai juga di hari terakhir Ramadhan.

Namun perasaan ini sama. Setiap di ambang Syawal. Gembira pun ada. Sedih pun ada. Gembira kerana dapat berpuasa & beribadah (semampunya) sepanjang sebulan. Sedih meninggalkan suasana dan rasa ber"ramadhan". Bangun subuh bersahur. Berbuka bersama isteri & anak2. Mengaji. Solat terawih...dan..

Bezanya ini masuk tahun kedua berterawih dengan keluarga (akibat pandemik Covid-19). Kebiasaannya tahun2 sebelum terawih di surau. Pandemik merubah segalanya. Namun hikmahnya anak2 isteri dapat sama2 berterawih penuh.

Ramadhan ini juga diberi nikmat berpuasa penuh tanpa sebarang kejadian "luarbiasa" seperti tahun sebelumnya. Sesungguhnya ku akur bahawa segala nikmat milikNya. 

Semoga kita diketemukan Ramadhan tahun depan. Diberi kekuatan & kekukuhan iman agar dapat beramal ibadah lebih sempurna. Semoga amalan ini yang kita bawa di bulan2 seterusnya..

..dan menemani saat harta & keluarga meninggalkan kita.

Sunday, October 20, 2019

Ponder





Berhenti kat traffic light. Kereta bersimpang-siur. Sesekali motor meredah "langgar" lampu merah. Agaknya si penunggang merasa dirinya seperti dalam cerita "The Unbreakable".

Tatkala itu fikiran selalu melayang. "Ponder", kata Mrs Sally George (guru bahasa Ingggeris sekolah rendah). Sungguh sibuk. Rancak. Masing2 mengejar kehidupan. Ada yang nak ke pasar. Ada yang mencari ATM (kot ada lagi tersisa maklumlah dah hujung bulan). Ada yang nak ke rumah. Makan bersama anak isteri. Pokoknya masing2 ada yang dikejar.

Apakah itu makna hidup? Ya..hidup. Sedangkan sebuah kereta itu pun begitu rumit pembuatannya. Apatah lagi kita? Teratur kemas dalam sistem yang kompleks. Tiada mungkin teori kebarangkalian sekali pun dapat menjelaskannya. Kerana matematiknya mudah. Segalanya ada pembuatnya. Kebarangkalian manusia terjadi spontan begitu saja adalah nol. Titik. 

Setiap sesuatu ada penciptanya. Meja. Kerusi. Kereta. Kapalterbang. Sedangkan seekor lalat  pun begitu canggih buatannya. Laut. Udara. Langit. Bumi... kau dan aku. Kun faya kun! Jadilah!

Anehnya makin berilmu makin disangkal. Takbur dan bongkak! 

Hanya hati yang mencari. Menemukan kebenaran. Hakiki.

Monday, October 7, 2019

Stress




Stress.

Anda pernah stress? Semua orang pasti pernah stress.

Ya..aku pun kerapkali stress. Pasal rumah. Pasal kerja. Macam2 lagi. Stress itu tak salah malah memang lumrah dalam kehidupan seharian kita. Apa yang penting cara kita menyalurkan perasaan itu agar terubat sedikit hati yang gundah gulana.

Ada orang mendengar muzik. Ada yang solat sunat. Dan macam2 lagi. Aku..memilih cara berlari (jogging) dan membaca buku (...selain solat). Lagi kuat stress lagi kencang aku berlari. Sampai nak terasa pecah dada. Tapi memang terasa lega lepas tu. Kadang2 malah dapat idea memecahkan kebuntuan yang dihadapi.

Membaca pula membawa kita ke suatu alam tersendiri. Jauh dari segala permasalahan hidup yang serba rumit ini. Suatu alam fantasi yang hanya si pembaca dapat merasai keenakannya. Yang menurunkan satu perasaan damai. Setiap buku ada cerita tersendiri. Seperti setiap insan dengan kisah hidupnya masing2.

Jadi carilah jalan masing2 untuk de-stress. Biasanya apa yang anda paling minat atau hobi adalah jawapannya.

Saturday, October 5, 2019

Apakah nilai sebuah buku?














Seusai kursus di sebuah hotel di PJ, saya bergegas ke bilik air (maklumlah tangki dah penuh). Saya tinggalkan buku dan fail saya di satu sudut. Rasanya tak mungkin ada yang mengambilnya. Ya..selepas selesai "urusan" saya pun keluar dan mengambil buku dan fail yang langsung tidak terusik walaupun kedengaran ada yang keluar masuk sebentar tadi.

Dalam sekilas itu entah kenapa terpikir. Kalau lah dompet atau beg yang ditinggalkan..apakah nasibnya sama? Rasanya tidak. Begitulah nilaian kita. Buku yang penuh dengan ilmu tiada daya tariknya. Bukan berharap ada yang "mengambilnya". Tapi cuma satu pemerhatian di suatu petang setelah hari yang panjang..

Namun elok bersangka baik jer..

Friday, October 4, 2019

Kucing vs Anjing







Apa jangkaan anda? Lumrahnya anjing mengejar kucing. Kucing yang lari.


Petang tadi lepas solat Jumaat, kami berkumpul meraikan tiga orang staf yang akan mengorak langkah mengejar cita dan impian masing2. Di ketika itulah ada seekor anjing muncul entah dari mana lalu mendekati seekor kucing. Tak semena2 kucing itu langsung menerkam lalu mencakar anjing itu. Apa lagi, anjing itu lari sambil menggongong ketakutan. Ketawa berdekah dibuatnya kami.

Itulah hakikat kehidupan. Apa yang lumrah tak semestinya selalu sama. Adakalanya yang tak terjangka yang terjadi. Kita merancang. Allah yang menentukan. Sebagai hambaNya, kita pasrah. Pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian. Wallahualam bissawab.

Tuesday, May 21, 2019

Mata pun kenal malu





Bulan Ramadhan. Bulan yang mulia. Ibadah puasa dan tarawih menjadi amalan harian. Seperti biasa pasar2 Ramadhan bercambah di sana sini. Setiap petang menjelang waktu nak berbuka, berpusu2 manusia mencari2 juadah. Terkadang sampai naik keliru mana nak pilih. Akhirnya, semua diambil tapi sayangnya tak termakan. Tambah sayangnya, di kala kita berlebih makanan, ada pula yang hanya mampu berbuka dengan air kosong.


Tapi sebenarnya apa yang nak saya cerita kali ini bukan tentang itu. Ada sesuatu yang mencuit hati saya ketika menunggu anak saya membeli makanan. Seperti biasa saya jarang nak ke pasar Ramadhan meredah lautan manusia. Lebih rela duduk dalam kereta tunggu anak isteri. Di ketika sedang asyik memerhatikan gelagat bermacam ragam manusia, saya terpandang sepasang suami isteri (..agaknya dari cara kemesraan yang ditunjukkan) turun dari kereta. Kedua2nya dalam lingkungan umur lewat 30an atau pun awal 40an. Si suami berpakaian agak "rugged" dengan T-shirt round-neck dan seluar jeans. Apa yang mencuit hati saya ialah apabila terpandang pakaian si isteri. Cukuplah sekadar saya cakap di sini.."Mata pun tahu rasa malu"..sampai saya terpaksa menundukkan pandangan. Apakah Sang suami tidak kisah isterinya dipertontonkan seperti itu? 

Begitulah kata orang akhir zaman ini. Tiada lagi rasa malu. Hidup beragama jauh sekali. Agama hanya jadi satu ritual yang diturunkan ke anak cucu. Yakin dan mengenal Allah telah menjadi sesuatu yang langka. Mudah2an anak2 kita dididik mencintai setiap ibadah yang diamal..