Menatap pohon di seberang jalan, di rumah jiran. Penuh sarat bebunga kuning keemasan, lalu jatuh berguguran menghampari jalan. Ibu berkata "sungguh cantik pohon itu, subur berbanding di rumah kita". Hakikatnya, di rumah sendiri penuh pepohon berbagai jenis. Buah dan bunga. Rendang dan melata.
Begitulah kehidupan. Sentiasa menginginkan sesuatu yang dimiliki orang sedangkan apa yang ada mungkin dah cukup baik. Sentiasa merasakan yang di sana lebih hebat. Sedangkan di sini apa kurangnya.
Mengajarku agar lebih bersifat qanaah. Sambil berlari fikiranku berlari sama. Akan ketidakadilanku kepada isteri tersayang. Anak2 ku. Ibuku. Adik-beradik, Saudara2 dan jiran2ku.
Begitu banyak pengorbanan. Begitu banyak khidmat jasa. Yang ku nampak cuma diriku sahaja. Sungguh hina dan berdosanya.
Mudah2an Allah memberi kekuatan kepada kita agar lebih peka dan menghargai insan2 yang mengisi dan mewarnai perjalanan hidup kita.

No comments:
Post a Comment