Kami menginap di suatu hotel yang agak "budget", maklumlah keluar belanja sendiri. Tapi untuk menimba ilmu tak rugi. Tambah pula, dapat pengalaman berjumpa dengan orang yang bermacam tingkah dan ragam.
Kami menginap 3 hari 2 malam. Esok paginya, sewaktu kami sedang bersarapan, ada sepasang orang Melayu dalam usia 50-60an melangkah masuk ke restoran. Kakak tersebut melemparkan senyuman sambil memberi salam. Isteri saya membalas salam. Perkiraan kami, ini mesti orang Singapura. Memang betul kerana selepas itu kawan2 mereka yang lain turut memenuhi restoran tersebut.
Esok paginya, kami seperti biasa ke restoran. Tapi rupanya ada satu kumpulan pelancong, agaknya dari China, sudah memenuhi restoran tersebut. Setelah menunggu sekejap, kami berjaya mendapat tempat duduk. Mulanya saya berasa kurang selesa dengan orangramai. Kebetulan pasangan semalam dari Singapura masuk dan disebabkan tiada tempat kosong yang lain, mengambil tempat duduk betul2 di depan kami. Kami bersalaman dan berkenalan. Pendek cerita, sewaktu berpamitan kakak itu menhulurkan nombor telefonnya kepada isteri saya.
Nah..bermulanya dengan rasa kurang selesa tapi berakhirnya dengan rasa bersyukur dapat berkenalan dengan orang lain. Di situlah letaknya hikmah. Hikmah di sebalik segala sesuatu yang terjadi. Lihat bukan dengan mata. Tapi dengan mata hati.
In Shaa Allah, kita kan ketemu hikmah yang hilang...

No comments:
Post a Comment